kempen

1 05 2009

ghazza

Assalamualaikum

…………………

Kempen, kempen dan berkempen. satu yang  menjadi kebiasaan sejak saban tahun dahulu apabila menghampiri musim panas, akan tetapi kali ini mempunyai sedikit perbezaan dari tahun sebelumnya, iaitu kelainan yang dirasai dengan suasana yang amat meriah disebabkan kehadiran pelbagai ragam ‘ tukang kempen ‘ dan ‘ orang yang dikempen ‘ .

kartun_21

………………………….

Semuanya bergantung atas kemahiran dan kepakaran dalam berkempen untuk mempengaruhi si dia ‘ tukang penagih kempen ‘  bagi menjadikan impian si ‘ tukang kempen ‘ itu tercapai mengikut perangcangan, atau dalam erti  kata lain untuk menjadikan calon idamannya itu bertahta.

………………………………

Ada yang menyokong itu, ada yang menolak ini, ada yang mencadang dia, ada yang bersetuju dengan dia, dan sebagainya. Yang penting apa yang ingin diperkatakan adalah, biarpun siapa calon yang dipilih, parti apa yang disokong, kabinet apa yang dibayangkan biarlah semua itu berjalan dengan satu landasan yang profesional bagi menjadikan kempen itu berkesan.

……………………………………………

Penukaran  pentadbiran dengan memilih kepimpinan yang baru bagi menerajui persatuan kita ini, bukanlah semudah memelih kuah roti canai samaada kuah kari ataupun dal. Akan Tetapi pemilihan ini perlu kepada satu penelitian dan  kepastian dalam memilih calon yang beribawa. Ini kerana, kepimpinan melambangkan akan keseluruhan anggota yang ada dibawahnya.

…………………………………..

Firman Allah: (maksudnya) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

……………………………………

Ada sesetengah si ‘ tukang kempen ‘ ini yang pelik dalam kempennya, iaitu  dengan cara menonjolkan  sifat ‘ orang yang dikempen ‘  seperti kehensemannya, kemanisan senyumannya, kecantikan tahi lalatnya dan seumpamanya, ini bagi saya adalah satu yang  membazirkan waktu dalam berkempen dan dianggap sesuatu yang amat tidak berfaedah untuk ditonjolkan malah  ia menunjukkan diri ‘ tukang kempen ‘ itu tidak bersikap resional dalam berkempennya.

……………………………….

Apa yang ingin dibanggakan akan kehenseman itu jika segala kerja menjadi bebanan orang bawahan, apa gunanya tubuh yang sasa jika segala kerja hanya dipikul oleh timbalannya. Disini apa yang penting dalam berkempen, biarlah apa yang ditonjolkan itu berkenaan sesuatu yang boleh diterima akal seperti menyebut akan sikapnya, keperibadiannya, kebolehannya, yang dapat meyakinkan kita untuk memilihnya. Jangan membazirkan waktu dengan mengenengahkan perkara yang dianggap ‘ bodah ‘ dalam berkempen. “ Yang perlu tak disebut yang melalut cair dimulut “.  Jangan jadi seperti pepatah melayu “ yang dikejar tak dapat, yang digendong beciciran “.

…………………………………..

Didalam Al-quran apabila Allah ta’ala menceritakan kepada kita berkenaan nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya, tidaklah yang diceritakan itu berkenaan perkara-perkara yang menggambarkan tentang sifat loqman itu, seperti contoh dari kaum manakah Luqman itu? Hitamkah kulitnya? Tebalkah bibirnya? Sepertimana yang kita lakukan sekarang ini. Adakah perkara seperti yang perlu ditonjolkan dalam pemilihan seorang pemimpin?. Atau itu boleh dianggap sesuatu yang tidak memberi faedah bagi kita malah membazirkan waktu ?.

.

Pemimpin itu, apabila disebut namanya dan berbicara berkenaannya, yang dapat kita gambarkan ialah mengenai adil orangnya, amanahnya dia, rajin sikapnya, ramah dan petah mulutnya, senang didampingi dan senang dimesrai, pandai menyelesaikan masalah mendatang bukan marah menjadi penyelesaian dan hidangan orang bawahan, senang diarah bukan senang mengarah dan sebagainya. Seperti inilah yang patut kita ketengahkan untuk menjadi bahan dalam berkempen.

.

Janganlah yang dipilih itu disebab baiknya kita dengannya, bukan juga sebab adik angkat mahupun kaum kerabat, kerana itu telah dilarang oleh rasulullah dalam hadithnya.

.

Sabda rasulullah s.a.w :“Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim”. (Riwayat Muslim).

.

Biarpun rasulullah mengatahui yang mana  Abu Zar itu seorang yang soleh dikalangan sahabat- sahabat yang lain, akan tetapi kesolehan itu bukanlah satu lesen untuk membenarkannya  dalam memegang jawatan tanpa berkelayakkan dan berkemampuan.

.

Justeru itu, kempenlah, berpolitiklah, beranganlah, akan tetapi biarlah setiap apa yang dilakukan itu menunjukkan kematangan dalam pemikiran dan ianya berfaedah untuk semua dalam menjadikan ia satu keuntungan kepada kita. “ Janganlah yang bertukar itu lebih buruk dari apa yang ditukarkan ” dan ” pemimpin itu tidak dikenali dengan paras rupa dan tubuhnya sasa “.

.

Wallahhu Ta’ala A’lam..

.

”  Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah  (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

..

minitramways.wordpress.com

Mohammedia, Morocco.

1 May 2009 ( 12 . 19 PM )

.

p/s : lupa, selamat menyambut hari pekerja bagi yang berkerja dan tidak lupa yang part time sebagai si ‘ tukang kempen ‘.





Ya Allah JauHkaN AkU sEpErTi TiMur DaN BaRat

23 04 2009

0fca78bgzza

……………………..

Assalamualaikum…

…………………………

Hari demi hari silih berganti, tahun demi tahun sudah pergi, akan tetapi apa yang dikatakan sunnah itu tetap diingati lagi diikuti. Dalam peribadi seseorang muslim, terdapat satu keisitmawaan barangkali ianya tidak dimiliki mauhpun ditekankan dalam agama melainkan agama islam yang mana ianya dipanggil peradaban mengikut neraca atau prinsip agama.

……………………………….

Peradaban adalah satu yang sinonimnya dikaitkan dengan akhlak, tingkahlaku atau peribadi seseorang. Malah sebahagian besar manusia memandang  atau menggambarkan secara kasar berkenaan diri seseorang itu melalui peradabannya. Peradaban adalah sesuatu sifat banyak dikaitkan dengan kelakuan, percakapan bahkan persetujuan yang yang dilaksanakan, malah dengan menjaga peradabanlah, secara langsung mahupun tidak kita dapat menjaga maruah diri sendiri mahupun orang lain daripada tercemar.

Akan tetapi, ramai yang lupa akan penting dalam menjaga peradadapan dalam dirinya, dan jika ia diabaikan akibanya timbullah banyak masalah yang berpunca darinya yang terpaksa ditanggung oleh orang lain atau masyarakat keseluruhannya.

……………………………….

Sabda Rasulullah s.a.w :

…………………………………

” Seseorang itu berkata-kata dengan sasuatu perkataan yang diredhai Allah, akan tetapi ia tidak mengatahui akan perkataannya itu amat diredhai ( Allah ), lalu Allah mencatatkan baginya keredhaan sehingga ia bertemu dengan Allah, malah ada juga yang berkata dengan sesuatu perkataan yang Allah murkai, akan tetapi ia tidak menyangka akan kemurkaan Allah ( terhadap perkataannya ), lalu dicatatkan kemurkaan baginya sehingga hari ia bertemu dengan Allah “ . ( Hadith Riwayat Al-Imam Malik )

23pics407116nq

……………………………….

Akan tetapi tidak dinafikan, kadang kala kita tidak dapat untuk mengelakkan diri daripada perlisisihan atau percanggahan pendapat berkenaan sesuatu, malah kita jugak tidak dapat untuk memgiakan akan sesuatu diluar persetujuan kita dalam banyak perkara diantara kita dan masyaratak sekitar.

Tetapi janganlah jadikan perselisihan tentang sesuatu itu sebagai medan untuk kita bertempur sesama lain dengan membuka keburukan seseorang itu, atau memperincikan setiap kesalahan yang dilakukan, mahupun membalas segala kutukan yang dikenakan terhadapnya dengan balasan yang sama dilakukan oleh lawannya. Janganlah samakan kita dengan kebanyakkan ahli politik baik dipihak agama mahupun tidak yang berprinsip dengan mengatakan ” no” untuk pihak lawan dan ” yes ” untuk yang sekapal dalam apa jua tindakan dan isu yang dibahaskan.

………………………………..

Malah kita perlu menjadikan diri kita ini sebagai masyarakat yang bersikap terbuka untuk semua pihak, dan jikamana ada  padanya pendapat yang perlu dipertimbangkan dan tidak dipersetujui  datanglah ia dengan hujah bagi menolak pendapatnya bukan untuk menolak tuan yang memberi pendapat.

……………………………….

Jadikanlah persamaan yang ada pada kita dan padanya satu titik persaudaraan biarpun ia sebesar pasir, buanglah segala pencanggahan, perselisihan mahupun pertelingkahan itu biarpun sebesar gunung agar ia tidak menjadi batu penghalang diantara kita dengannya dalam menjaga hubungan persaudaraan.

……………………………………..

Renunglah apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w didalam hadithnya :

…………………………………….

” Wahai tuhanku jauhkanlah diantara aku dengan segala kesalahanku sepertimana engkau jahukan diantara timur dan barat, wahai tuhanku engkau bersihkanlah aku dari segala kesalahanku dengan air, salji, dan kesejukan ( air batu ), wahai tuhanku engkau hilangkan aku dari segala dosa dan segala kesalahanku sepertimana  hilangnya kekotoran itu dari kain yang putih “. ( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim ).

………………………………….

Wallahhu Ta’la A’lam…

………………………………………

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah  (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

………………………………………

minitramways.wordpress.com

Mohammedia, Morocco.

24 April 2009 ( 5.50 PM )





Tahniah buat pemimpinku

12 04 2009

resist

………………………

Assalamualaikum wrbt.

datukserinajibrazak

………………………..

Tahniah dan jutaan tahniah buat pemimpin Malayisa ke enam, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak dengan ini secara rasminya menjawat jawatan perdana menteri Malaysia. Semoga dengan jawatan tersebut, beliau mampu membawa negara Malaysia amnya dan raykat Malaysia khasnya kepada ketamadunan yang lebih baik merangkumi pelbagai aspek seperti keilmuan dan kesasteraan, keperibadian dan keakhlakan, kemodenan dan keintelektualan, keagamaan dan keperadaban, kesatuan dan keperpaduan, keamanan dan kesejahteraan, yang mana ia diantara aspek yang perlu dititik beratkan untuk menerajui kepimpinan yang  berkesan.

Firman Allah Ta’ala ( bermaksud ) :

……………………………….

” wahai orang-orang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi ( yang menerangkan kebenaran ) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibubapa, dan kaum kerabat kamu. kalaulah orang ( yang didakwa ) itu kaya atau miskin ( maka janganlah kamu terhalang untuk menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa ), kerana Allah lebih bertimbang rasa keatas keduanya. Oleh itu, janganlah kamu ikutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-belitkan keterangan ataupun enggan ( menjadi saksi ), maka sesungguhnya Allah sentiasa mengatahui dengan lebih mendalam apa yang kamu lakukan “. ( Surah Al-Nisa: 135 )

……………………….

Prinsip keadilan amatlah ditekankan di dalam islam, malah prinsip ini amat dipandang serius dalam kepimpinan. Hal ini adalah kerana, ia adalah salah satu tunggak utama diantara tunggak-tunggak yang ada di dalam setiap prinsip  untuk dijadikan sebagai medan utama dalam kepimpinan.

Setiap rakyat mengimpikan satu keinginan akan kepimpinan yang dapat membangunkan kehidupan atas kebaikan, dan hal ini amatlah bergantung kepada kepemimpin yang menerajui kerajaan atau permerintahan yang membawa bersamanya rakyat kearah kebaikan mahupun kemudaratan. Hanya satu yang menjadi ukuran ataupun pencaturan dalam keputusan iaitu digelar kebijaksanaan dalam kepimpinan.

…………………………………….

Adapun segala harapan dan keinginan hanyalah menjadi kenyataan dengan adanya pemerintah yang berkerja, dihatinya hanya untuk rakyat tanpa baginya kerakusan dalam pemerintahan, turun padang bersama-sama rakyat dalam apa jua keadaan, mesra dan mudah digauli tanpa kira sempadan darjat dan panggilan, bersama dalam majlis kerabat mahupun kerakyatan. Inilah kepimpinan dijadikan tauladan, keinginan rakyat untuk melihat satu kepimpinan yang menjadi harapan, mudah-mudahan inilah ia pemimpin yang diinginkan malah menjadi idaman…

……………………………………….

Wallahu Ta’ala A’lam…

…………………………….

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah  (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

minitramways

 Mohammedia, Morocco.

11 April 2009





Tahniah buat Nik Nur Madihah Mohd Kamal

18 03 2009

ghazza

Assalamualaikum…

………………………………….

Sekalung tahniah buat Nik Madihah Mohd Kamal atas kejayaannya di dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Menengah ( SPM ) dengan pencapaian cemerlang 19 A 1 dan 1 A 2. kejayaan seperti ini perlulah dijadikan contoh pada sesiapa sahaja. Bahkan pencapaian ini secara tidak langsung dapat menaikkan nama sekolah agama itu sendiri malah ia dapat  menafikan akan pelajaran agama bukan lah sesuatu pelajaran yang membantutkan pelajar untuk berjaya.

………………………..

Sabda rasulullah s.a.w :

…………………………………

” Barang siapa yang dikehendaki kebaikan pada dirinya, maka Allah faqihkan ia dengan agama ” ( Hadith riwayat Bukhari )

……………………………………

Wallahu Ta’ala A’lam…

…………………………….

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah  (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

……………………………..

minitramways.wordpress.com





KoMeNtaR ” TiDaK SaLaH MeMiNta JaWaTaN “

15 02 2009

ghazza1

Assalamualaikum…

………………………………………..

Sedikit komentar berkenaan tajuk yang dibahaskan, bukanlah untuk menunjukkan saya ini seorang yang pandai mahupun sempurna, akan tetapi hanyalah ingin berkongsi maklumat berkenaan dengannya disisi pandangan ulama’ yang masyhur.

…………………………………..

Penulisan kali ini mungkin akan menyentuh secara langsung mahupun tidak langsung bagi sesiapa yang memperkatakan tentangnya dan memperbahaskan berkenaannya, akan tetapi bukanlah ia bertujuan untuk menjatuhkan maruah seseorang  malah  ia sekadar ingin berkongsi berkenaan apa yang akan diperbahaskan tentang  permasaalahannya. Dan saya sedia  menarik balik segala kesalahan di dalam penulisan ini jika terdapat padanya sesuatu yang bertentangan Al-Quran dan As-Sunnah.

……………………………………

Sesungguhnya jawatan itu adalah satu tanggungan yang perlu dipikul bagi yang mampu untuk memikulnya, dan janganlah kamu merasakan tanggungan itu ringan dan cenderung untuk kamu memintanya sedangkan kamu tidak mampu dan tidak layak untuk memikulnya.

……………………………….

Sabda Rasulullah s.a.w :

………………………………….

” Wahai Abu Zar r.a, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa yang aku suka untuk diri aku. Maka janganlah engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan janganlah engkau uruskan harta anak yatim ” . ( Hadith riwayat Muslim )

………………………………………..

Akan tetapi, apa yang diperkatakan disini, bukanlah semua yang meminta jawatan itu buruk di sisi islam, bahkan ia dibolehkan dengan sebab-sebab tertentu yang membolehkan ia dilakukan. Jika ianya disebabkan untuk memperbaiki sistem atau pengurusan sesuatu kaum ataupun ingin menghapuskan kezaliman dan penyelewengan pemerintah maka yang demikian itu dikira jihad.

………………………………………..

Firman Allah ta’ala ( maksudnya ) :

……………………………………..

” Yusuf berkata : jadilah aku mentadbir perbendaharaan hasil bumi ( mesir ), sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengatahui cara mentadbirkannya. Dan demikianlah caranya, kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir, dia bebas tinggal di bumi itu dimana sahaja yang disukai. Kami limpahkan rahmat kami kepada sesiapa sahaja yang kami kehendaki, dan kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan “. ( Surah Yusuf : 55-56 )

………………………………………….

Kata Al-Imam Al-Qurtubi : “ sesungguhnya Yusuf hanya meminta kuasa setelah dia mengatahui bahawa tiada sesiapa yang setanding dengannya, yang dapat melaksanakan keadilan, pembaikan dan menyampaikan hak-hak fakir miskin. Dia melihat yang demikian itu fardhu ain keatas dirinya, kerana tiada sesiapa lagi ( yang layak ) selainnya. Demikian juga hukumnya pada hari ini. Sekiranya seseorang itu tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan keadilan dalam kehakiman dan hisbah, sementara itu tiada seorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu dianggap fardhu ain keatasnya. Wajib dia mengendali dan meminta. dan hendaklah juga memberitahu sifat-sifat yang melayakkannya iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain “. ( Tafsir Al-Qurtubi, J 9, m/s : 21 )

………………………………………..

Syeikh islam Ibn Taimiyyah juga menyebut sesugguhnya meminta jawatan itu atas tujuan kemaslahatan agama bukanlah sesuatu yang dilarang oleh agama. ( Majmu’ Al-Fatawa, J 8, m/s : 68 )

………………………………………

Justeru itu, perlu ada pada seseorang itu satu sikap tanggungjawab ataupun amanah  pada dirinya dalam menilai kemampuan dan kekuatan yang ada padanya  untuk dipertonjolkan kepada masyarakat apabila diperlukan,  dalam menjadikan ia sebagai bukti atas kemampuan baginya untuk  memikul tanggungan yang bakal diambil apabila ia menjadi satu tanggungjawab yang diwajibkan keatasnya.

………………………………….

Walllahhu ta’ala a’lam…..

……………………………………

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah  (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

………………………………………

minitramways.wordpress.com






TaHnIaH

15 02 2009

ghazza

…………………………………………………….

3278411291_d8a318ce84

Assalamualaikum…

…………………………………….

Tahniah dan syabas diucapkan kepada saudara yang memenangi pilihanraya bagi jawatan timbalan setiusaha 1, dan selamat menjalankan tugas dengan baik. Bagi yang tidak terpilih, janganlah menjadikan ini sebagai satu penghalang untuk kita melupakan atau sebab untuk kita berdiam diri dalam menjalan tugas mahupun dalam memberi sokongan dan sumbangan kepada persatuan.

………………………………………………………

Mungkin bagi yang berjaya, ini satu kejayaan yang dicapai buat masa ini, dan bukannya penentu bagi kejayaan anda pada masa hadapan melainkan baginya amanah dan kesaksamaan. Bagi yang kurang berjaya, ingatlah sesugguhnya anda telah terselamat dari satu bebanan atau tanggungan yang perlu anda pikul dan ia akan disoal baginya di Akhirat kelak. Dikhuatiri bebanan inilah yang menyebabkan anda ke neraka. nauzubillah min zalik….

……………………………………………….

Firman Allah Taala ( maksudnya ):

………………………………………………

” Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dikalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu “. ( Surah An-Nisa’ : 58 ).

………………………………………………….

Tertarik saya apabila membaca kisah khalifah Harun Al-Rasyid dalam kitab Sifat Al-Safwah karya ibn Al-Jauzi. Ketika Khalifah Harun Al-Rasyid menaiki bukit Sofa’, lalu berkata seorang ulama’ bernama ‘Abd Allah bin ‘Abd Al-Aziz Al-‘Umari kepadanya : ” lihat kearah ka’abah “, jawab Harun Al-Rasyid : ” Aku sedang lihat “, kata beliau lagi : ” berapa jumlah mereka?. “, jawab Harun Al-Rasyid : ” siapa yang mampu membilangnya “. Kata beliau pula : ” Berapa jumlah manusia seperti mereka ?. “, jawab Harun Al-Rasyid : ” hanya Allah yang mampu menghitungnya “, kata Al-‘Umari : ” ketahuilah engkau bahawa setiap mereka itu akan ditanya pada hari kiamat tentang diri mereka sahaja, hanya engkau akan ditanya tentang diri mereka semua, maka hati-hatilah engkau tentang nasib engkau nanti “.

…………………………………………………………….

Sabda Rasulullah s.a.w :

………………………………………………..

” Tiada seorang pemimpin pun yang mengendalikan urusan rakyatnya dari kaum muslimin kemudian dia mati dalam keadaan dia menipu mereka melainkan Allah haramkan baginya syurga “. ( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )

…………………………………………………………………….

Hal ini menunjukkan, betapa beratnya sesuatu jawatan itu apabila seseorang menerimanya dengan ia memandang sebagai amanah bukannya sebaga jawatan. Bagi sesiapa yang memandang itu sebagai jawatan, untuk menonjolkan dirinya mahupun memiliki sesuatu yang tidak dapat dimiliki oleh orang lain, makan jadilah jawatan itu sebagai satu yang dicari-cari dan dinanti-nanti sehingga pening jika dia tidak mendapatkan jawatan itu.

…………………………………………………..

Sabda Rasulullah s.a.w :

…………………………………………………..

” Tidak ada seorang pemimpin yang menguruskan urusan orang islam, lalu dia tidak bersungguh-sungguh ( menunaikan amanah ) dan tidak menasihati mereka, maka dia tidak akan masuk syurga bersama mereka “. ( Hadith riwayat Muslim )

…………………………………..

Justeru itu, sesungguhnya jawatan kepimpinan itu adalah satu amanah dan beban, akan terasa berat bebanan itu dan padanya penyesalan atas  sesiapa yang menikulnya, melainkan baginya keadilan, kesaksamaan dan ketaqwaan dalam menjalankan amanahnya apabila tibanya waktu perhitungan. Renunglah kata-kata khalifah Abu Bakr Al-Siddiq apabila dilantik sebagai khalifah : ” wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dikalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat.

Orang yang lemah dikalangan kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat di kalangan kamu, lemah disisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak ( menghalang apa yang bukan haknya ), insyallah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tiada kamu yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan Rasulnya. Jika aku derhakan Allah dan Rasulnya, maka tiada ketaatan untukku “. ( Al-Kamil fi Al-Tarikh, J1, m/s : 361 ).

………………………………………..

Wallahhu Ta’ala a’lam…

………………………………………

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah  (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

………………………………………….

minitramways.wordpress.com





BuKaNNya MuDaH DaLaM mEnILaI kEiKhLaSaN

28 01 2009

ghazza3

ِِ……………………………………….

Assalamualaikum wrbt…

……………………………………….

Apabila kita memperkatanan berkenaan sifat keikhlasan, di mana ia adalah  satu kelakuan yang amat bergantung atas diri seseorang tanpa ia boleh dinilai oleh sesiapa pun melainkan Allah Ta’ala samaada ia ikhlas mahupun tidak semasa ia melakukannya. Namun, ikhlas pada hakikatnya sesuatu yang ringan di lidah untuk diperkatakan, akan tetapi amat berat dalam penghayatannya. Ramai mana yang mendakwa dirinya ikhlas, akan tetapi belum tentu ia ikhlas sebenar-benarnya.

…………………………………………

Firman Allah Ta’ala ( maksudnya ) :

……………………………………..

” Dan tidaklah mereka diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan solat serta membayar zakat, dan demikian itulah agama yang benar “.( Surah Al-Bayyinah : 5 ).

………………………………………….

keikhlasan seseorang itu, amat sukar untuk  diukur dan sukar juga untuk ia dinilai diatas perbuatan seseorang semasa ia melaksanakannya. Akan tetapi, ia mungkin dapat dilihat akan keikhlasannya ataupun kejujurannya  selepas selesainya sesuatu perkerjaan yang ia lakukan. walaubagaimanapun, keikhlasan itu perlulah bersama-samanya ketepatan dengan berlandaskan Al-Quran mahupun As-Sunnah. Ini kerana, tiada nilainya keikhlasan seseorang itu dengan apa yang ia telah lakukan, melainkan perbuatannya bertepatan dengan Al-Quran mahupun As-Sunnah.

………………………………………..

Kata seorang sufi, Fudhail bin I’yad : ” sesungguhnya keikhlasan itu perlulah bersamanya ketepatan ( ia dengan Al-Quran dan As-Sunnah ), jika  sesuatu perbuatan yang dilakukan dengan ikhlas tanpa baginya ketepatanan ( Al-Quran dan As-Sunnah ) maka ianya tidak diterima, samalah seperti satu perbuatan itu bertepatan dengannya akan tetapi tanpa padanya keikhlasan, maka iapun tidaklah diterima, sehinggalah keikhlasan itu ada bersamanya ketepatan dengan Al-quran Mahupun As-Sunnah “. ( I’lam Al-Mauqi’in )

…………………………………………….

Perkara ini,  samalah seperti seorang yang selalu mendakwa dirinya berdakwah untuk agama, berjuang untuk agama, berkerja untuk agama, dengan parti berlebalkan agama, dan mungkin juga tujuan dan niatnya yang ikhlas untuk agama. Akan tetapi pada masa yang sama, sewaktu ia berceramah ataupun berucap dimerata-rata tempat, tidak terlepas bagi lidahnya untuk membuka aib dengan memperkatakan keburukan pihak lawan tanpa adanya keperluan baginya, kemungkinan ia hanya bertujuan meraih sokongan untuk dirinya.

………………………………………………….

Sabda Rasulullah s.a.w :

………………………………………………

” Nabi s.a.w apabila ditanya  : seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang  agar ia dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah diantara mereka yang berada dijalan Allah ? Sabda Rasulullah : sesiapa berpereng untuk meninggikan kalimah Allah ( tertinggi ), maka ia berada dijalan Allah “. ( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim ).

……………………………………………

Hal keikhlasan ini, bukannya satu perkara yang baru diperkatakan. Bahkan ia sudah diperbahaskan  semenjak zaman Rasulullah s.a.w berkenaan dangannya. Akan tetapi, ia perlu di atas jalan istiqamah dalam melakukannya.

……………………………………………

Sabda Rasulullah dari sufyan bin abdillah r.a :

………………………………………….

” Bertanya sufyan r.a : wahai Rasulullah, beritahuku dalam islam ini satu perkataan yang aku tidak perlu bertanya sesiapa melainkan engkau, Sabda Rasulullah s.a.w :”  Katakan : aku beriman dengan Allah, kemudian engkau beristiqamah “. ( Hadith riwayat Muslim )

…………………………………………………………….

Kata Saidina Umar bin Al-Khattab : ” isitqammah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-rubah seperti musang “. ( Tahzib Madarij Al-Salikin, J 2, m/s : 528 ).

………………………………………………

Demikian insan, perlulah beristiqamah dalam pendiriannya mahupun perbuatannya agar ia tidak disalah ertikan. Birapun apa halangan yang menimpa, mahupun ranjau yang mendatang, ia perlu meneguhkan istiqamahnya daripada ia goyah dengan berlandaskan keikhlasan hanya kerana Allah Ta’ala.

………………………………………….

Kata Ibrahim bin Adham : ” Keikhlasan itu ialah ia benar-benar  niat kerana Allah Ta’ala “. Berkata Abu Uthman : ” keikhlasan itu adalah melupakan ia pada pandangan insan dengan hanya memandang kepada pencipta “.  ( Ihya Ulum Al-Din, J 4, m/s : 3170 ).

Berkata Al-Imam Ibn Qayyim : ” Sesungguhnya seorang hamba, jika ia mengikhlaskan niatnya kerana Allah Ta’ala, ikhlasnya pada tujuannya, kemahuannya dan perbuatannya, hanya kerana Allah. maka sesungguhnya Allah bersamanya “. ( Jami’ Al-Fiqhi, J 1, m/s : 62 ).

…………………………………………………….

Nas-nas diatas, jelas menunjukkan betapa pentingnya keikhlasan dan ketepatan dengan Al-Quran dan As- Sunnah  dalam  perbuatan yang kita lakukan, kerana ia adalah diantara perkara yang dipertimbangkan dalam penerimaan amalan yang dilakukan, samaada ia dikira pahala mahupun dosa disisi Allah Ta’ala.

………………………….

Wallahhu Ta’ala a’lam…

………………………………

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah  (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .
…………

………………………………………..

P/s : mohon kemaafan atas keterlewatan mengeluarkan artikal berkenanan ikhlas ini kepada saudara yang meminta.

: penambahan telah dilakukan atas pertolongan dan cadangan Al-fadhil ustaz Ahmad Irdha bin mokhtar.