kempen

1 05 2009

ghazza

Assalamualaikum

…………………

Kempen, kempen dan berkempen. satu yang  menjadi kebiasaan sejak saban tahun dahulu apabila menghampiri musim panas, akan tetapi kali ini mempunyai sedikit perbezaan dari tahun sebelumnya, iaitu kelainan yang dirasai dengan suasana yang amat meriah disebabkan kehadiran pelbagai ragam ‘ tukang kempen ‘ dan ‘ orang yang dikempen ‘ .

kartun_21

………………………….

Semuanya bergantung atas kemahiran dan kepakaran dalam berkempen untuk mempengaruhi si dia ‘ tukang penagih kempen ‘  bagi menjadikan impian si ‘ tukang kempen ‘ itu tercapai mengikut perangcangan, atau dalam erti  kata lain untuk menjadikan calon idamannya itu bertahta.

………………………………

Ada yang menyokong itu, ada yang menolak ini, ada yang mencadang dia, ada yang bersetuju dengan dia, dan sebagainya. Yang penting apa yang ingin diperkatakan adalah, biarpun siapa calon yang dipilih, parti apa yang disokong, kabinet apa yang dibayangkan biarlah semua itu berjalan dengan satu landasan yang profesional bagi menjadikan kempen itu berkesan.

……………………………………………

Penukaran  pentadbiran dengan memilih kepimpinan yang baru bagi menerajui persatuan kita ini, bukanlah semudah memelih kuah roti canai samaada kuah kari ataupun dal. Akan Tetapi pemilihan ini perlu kepada satu penelitian dan  kepastian dalam memilih calon yang beribawa. Ini kerana, kepimpinan melambangkan akan keseluruhan anggota yang ada dibawahnya.

…………………………………..

Firman Allah: (maksudnya) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

……………………………………

Ada sesetengah si ‘ tukang kempen ‘ ini yang pelik dalam kempennya, iaitu  dengan cara menonjolkan  sifat ‘ orang yang dikempen ‘  seperti kehensemannya, kemanisan senyumannya, kecantikan tahi lalatnya dan seumpamanya, ini bagi saya adalah satu yang  membazirkan waktu dalam berkempen dan dianggap sesuatu yang amat tidak berfaedah untuk ditonjolkan malah  ia menunjukkan diri ‘ tukang kempen ‘ itu tidak bersikap resional dalam berkempennya.

……………………………….

Apa yang ingin dibanggakan akan kehenseman itu jika segala kerja menjadi bebanan orang bawahan, apa gunanya tubuh yang sasa jika segala kerja hanya dipikul oleh timbalannya. Disini apa yang penting dalam berkempen, biarlah apa yang ditonjolkan itu berkenaan sesuatu yang boleh diterima akal seperti menyebut akan sikapnya, keperibadiannya, kebolehannya, yang dapat meyakinkan kita untuk memilihnya. Jangan membazirkan waktu dengan mengenengahkan perkara yang dianggap ‘ bodah ‘ dalam berkempen. “ Yang perlu tak disebut yang melalut cair dimulut “.  Jangan jadi seperti pepatah melayu “ yang dikejar tak dapat, yang digendong beciciran “.

…………………………………..

Didalam Al-quran apabila Allah ta’ala menceritakan kepada kita berkenaan nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya, tidaklah yang diceritakan itu berkenaan perkara-perkara yang menggambarkan tentang sifat loqman itu, seperti contoh dari kaum manakah Luqman itu? Hitamkah kulitnya? Tebalkah bibirnya? Sepertimana yang kita lakukan sekarang ini. Adakah perkara seperti yang perlu ditonjolkan dalam pemilihan seorang pemimpin?. Atau itu boleh dianggap sesuatu yang tidak memberi faedah bagi kita malah membazirkan waktu ?.

.

Pemimpin itu, apabila disebut namanya dan berbicara berkenaannya, yang dapat kita gambarkan ialah mengenai adil orangnya, amanahnya dia, rajin sikapnya, ramah dan petah mulutnya, senang didampingi dan senang dimesrai, pandai menyelesaikan masalah mendatang bukan marah menjadi penyelesaian dan hidangan orang bawahan, senang diarah bukan senang mengarah dan sebagainya. Seperti inilah yang patut kita ketengahkan untuk menjadi bahan dalam berkempen.

.

Janganlah yang dipilih itu disebab baiknya kita dengannya, bukan juga sebab adik angkat mahupun kaum kerabat, kerana itu telah dilarang oleh rasulullah dalam hadithnya.

.

Sabda rasulullah s.a.w :“Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim”. (Riwayat Muslim).

.

Biarpun rasulullah mengatahui yang mana  Abu Zar itu seorang yang soleh dikalangan sahabat- sahabat yang lain, akan tetapi kesolehan itu bukanlah satu lesen untuk membenarkannya  dalam memegang jawatan tanpa berkelayakkan dan berkemampuan.

.

Justeru itu, kempenlah, berpolitiklah, beranganlah, akan tetapi biarlah setiap apa yang dilakukan itu menunjukkan kematangan dalam pemikiran dan ianya berfaedah untuk semua dalam menjadikan ia satu keuntungan kepada kita. “ Janganlah yang bertukar itu lebih buruk dari apa yang ditukarkan ” dan ” pemimpin itu tidak dikenali dengan paras rupa dan tubuhnya sasa “.

.

Wallahhu Ta’ala A’lam..

.

”  Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah  (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

..

minitramways.wordpress.com

Mohammedia, Morocco.

1 May 2009 ( 12 . 19 PM )

.

p/s : lupa, selamat menyambut hari pekerja bagi yang berkerja dan tidak lupa yang part time sebagai si ‘ tukang kempen ‘.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: