Pengempen hantu ?…

3 05 2009

 

ghazza1

Assalamualaikum…

Apabila tibanya hari pencalonan mahupun pilihanraya dimana-mana nagara pun,  yang selalu menjadi isu mahupun yang menimbulkan sedikit kekecohan di dalam masyarakat adalah berkenaan ‘ pengundi hantu’ . Akan tetapi, sedikit kelainan yang direkodkan telah berlaku disini, dimana pada minggu pencalonan bagi pemilihan tampuk kepimpinan ahli majlis tertinggi PMMM, yang menyebabkan kekecohan berlaku bukanlah kerana  ‘ pengundi hantu ‘ tetapi ‘ pengempen hantu ‘

2267095736_1a6d59781b1

Satu perkara yang pelik kerana ianya tidak pernah berlaku dimana-mana negara islam kecuali Morocco ( fakta sejarah ), tetapi agak mencuit hati malah ia memeriahkan lagi keadaan dengan kehadiran dan sokongan kuat pelbagai jenis hantu yang turut turun padang bersama-sama kami dalam mengempen pada hari penamaan calon. Hal ini telah mencuri perhatian sebahagia anggota semasa berkempen untuk mengatahui siapakah ‘ pengempen hantu ‘ tersebut. Perkara ini berlarutan sehinggalah pada hari terakhir penamaan calon.  Malah pada masa yang sama, pelbagai tafisran yang dikeluarkan oleh ” bomoh-bomoh profesional ‘ dalam bidang penilikkan bagi mengecam siapakah sebenarnya pengempen hantu tersebut. Tetapi malangnya sehingga kini masih tiada jawapan akan  mesteri ‘ ‘pengempen hantu ‘ tersebut.

,

Walau bagaimanapun, kemeriah tetap dirasakan biarpun ‘ pengempen hantu ‘ itu masih menjadi misteri dikalangan kami dan  ia masih lagi berkeliaran kesana kemari. Apa yang penting disini, bukanlah siapa ‘ pengempen hantu ‘ tersebut, tetapi yang penting adalah sesiapa pun yang akan memegang tampuk pimpinan akan datang perlulah melakukan sesuatu yang dapat meyakinkan rakyat bahawa anda adalah yang terbaik dikalang mereka semua. 

pengundi-hantu

Buat sesuatu perubahan baru untuk persatuan, kerana ini adalah satu harapan yang biasa diharapkan apabila tampuk pemerintahan ditukar baru. Malah Perubahan yang dilakukan mestilah menguntungkan umat islam bukan merugikan umat islam. Bukannya sikap pemimpin itu mencari sesuatu kerja yang belum dilakukan oleh kepimpinan lama akan tetapi pada masa yang sama tidak memberi faedah kepada semua.

.

Saya mengharapkan akan kepimpinan yang bakal menerajui tampuk pemerintahan ini supaya lebih bersedia dalam menjalankan tugas yang bakal dipikul dan atas amanah yang telah kami berikan kepada anda. walauapapun terjadi, Kami tetap memandang anda dari hadapan !!! …

.

Wallahhu Ta’ala A’lam…

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah  (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

..

minitramways.wordpress.com

Mohammedia, Morocco.

03 Mei 2009 ( 6.35 PM )

p/s : Bagi golongan hantu diharapkan agar tidak tertekan apabila membaca tulisan ini… : ” jangankan biarkan hidup PMMM diselubungi dengan ” pengempen hantu ” … huhuhu





kempen

1 05 2009

ghazza

Assalamualaikum

…………………

Kempen, kempen dan berkempen. satu yang  menjadi kebiasaan sejak saban tahun dahulu apabila menghampiri musim panas, akan tetapi kali ini mempunyai sedikit perbezaan dari tahun sebelumnya, iaitu kelainan yang dirasai dengan suasana yang amat meriah disebabkan kehadiran pelbagai ragam ‘ tukang kempen ‘ dan ‘ orang yang dikempen ‘ .

kartun_21

………………………….

Semuanya bergantung atas kemahiran dan kepakaran dalam berkempen untuk mempengaruhi si dia ‘ tukang penagih kempen ‘  bagi menjadikan impian si ‘ tukang kempen ‘ itu tercapai mengikut perangcangan, atau dalam erti  kata lain untuk menjadikan calon idamannya itu bertahta.

………………………………

Ada yang menyokong itu, ada yang menolak ini, ada yang mencadang dia, ada yang bersetuju dengan dia, dan sebagainya. Yang penting apa yang ingin diperkatakan adalah, biarpun siapa calon yang dipilih, parti apa yang disokong, kabinet apa yang dibayangkan biarlah semua itu berjalan dengan satu landasan yang profesional bagi menjadikan kempen itu berkesan.

……………………………………………

Penukaran  pentadbiran dengan memilih kepimpinan yang baru bagi menerajui persatuan kita ini, bukanlah semudah memelih kuah roti canai samaada kuah kari ataupun dal. Akan Tetapi pemilihan ini perlu kepada satu penelitian dan  kepastian dalam memilih calon yang beribawa. Ini kerana, kepimpinan melambangkan akan keseluruhan anggota yang ada dibawahnya.

…………………………………..

Firman Allah: (maksudnya) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

……………………………………

Ada sesetengah si ‘ tukang kempen ‘ ini yang pelik dalam kempennya, iaitu  dengan cara menonjolkan  sifat ‘ orang yang dikempen ‘  seperti kehensemannya, kemanisan senyumannya, kecantikan tahi lalatnya dan seumpamanya, ini bagi saya adalah satu yang  membazirkan waktu dalam berkempen dan dianggap sesuatu yang amat tidak berfaedah untuk ditonjolkan malah  ia menunjukkan diri ‘ tukang kempen ‘ itu tidak bersikap resional dalam berkempennya.

……………………………….

Apa yang ingin dibanggakan akan kehenseman itu jika segala kerja menjadi bebanan orang bawahan, apa gunanya tubuh yang sasa jika segala kerja hanya dipikul oleh timbalannya. Disini apa yang penting dalam berkempen, biarlah apa yang ditonjolkan itu berkenaan sesuatu yang boleh diterima akal seperti menyebut akan sikapnya, keperibadiannya, kebolehannya, yang dapat meyakinkan kita untuk memilihnya. Jangan membazirkan waktu dengan mengenengahkan perkara yang dianggap ‘ bodah ‘ dalam berkempen. “ Yang perlu tak disebut yang melalut cair dimulut “.  Jangan jadi seperti pepatah melayu “ yang dikejar tak dapat, yang digendong beciciran “.

…………………………………..

Didalam Al-quran apabila Allah ta’ala menceritakan kepada kita berkenaan nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya, tidaklah yang diceritakan itu berkenaan perkara-perkara yang menggambarkan tentang sifat loqman itu, seperti contoh dari kaum manakah Luqman itu? Hitamkah kulitnya? Tebalkah bibirnya? Sepertimana yang kita lakukan sekarang ini. Adakah perkara seperti yang perlu ditonjolkan dalam pemilihan seorang pemimpin?. Atau itu boleh dianggap sesuatu yang tidak memberi faedah bagi kita malah membazirkan waktu ?.

.

Pemimpin itu, apabila disebut namanya dan berbicara berkenaannya, yang dapat kita gambarkan ialah mengenai adil orangnya, amanahnya dia, rajin sikapnya, ramah dan petah mulutnya, senang didampingi dan senang dimesrai, pandai menyelesaikan masalah mendatang bukan marah menjadi penyelesaian dan hidangan orang bawahan, senang diarah bukan senang mengarah dan sebagainya. Seperti inilah yang patut kita ketengahkan untuk menjadi bahan dalam berkempen.

.

Janganlah yang dipilih itu disebab baiknya kita dengannya, bukan juga sebab adik angkat mahupun kaum kerabat, kerana itu telah dilarang oleh rasulullah dalam hadithnya.

.

Sabda rasulullah s.a.w :“Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim”. (Riwayat Muslim).

.

Biarpun rasulullah mengatahui yang mana  Abu Zar itu seorang yang soleh dikalangan sahabat- sahabat yang lain, akan tetapi kesolehan itu bukanlah satu lesen untuk membenarkannya  dalam memegang jawatan tanpa berkelayakkan dan berkemampuan.

.

Justeru itu, kempenlah, berpolitiklah, beranganlah, akan tetapi biarlah setiap apa yang dilakukan itu menunjukkan kematangan dalam pemikiran dan ianya berfaedah untuk semua dalam menjadikan ia satu keuntungan kepada kita. “ Janganlah yang bertukar itu lebih buruk dari apa yang ditukarkan ” dan ” pemimpin itu tidak dikenali dengan paras rupa dan tubuhnya sasa “.

.

Wallahhu Ta’ala A’lam..

.

”  Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah  (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

..

minitramways.wordpress.com

Mohammedia, Morocco.

1 May 2009 ( 12 . 19 PM )

.

p/s : lupa, selamat menyambut hari pekerja bagi yang berkerja dan tidak lupa yang part time sebagai si ‘ tukang kempen ‘.