TaHnIaH

15 02 2009

ghazza

…………………………………………………….

3278411291_d8a318ce84

Assalamualaikum…

…………………………………….

Tahniah dan syabas diucapkan kepada saudara yang memenangi pilihanraya bagi jawatan timbalan setiusaha 1, dan selamat menjalankan tugas dengan baik. Bagi yang tidak terpilih, janganlah menjadikan ini sebagai satu penghalang untuk kita melupakan atau sebab untuk kita berdiam diri dalam menjalan tugas mahupun dalam memberi sokongan dan sumbangan kepada persatuan.

………………………………………………………

Mungkin bagi yang berjaya, ini satu kejayaan yang dicapai buat masa ini, dan bukannya penentu bagi kejayaan anda pada masa hadapan melainkan baginya amanah dan kesaksamaan. Bagi yang kurang berjaya, ingatlah sesugguhnya anda telah terselamat dari satu bebanan atau tanggungan yang perlu anda pikul dan ia akan disoal baginya di Akhirat kelak. Dikhuatiri bebanan inilah yang menyebabkan anda ke neraka. nauzubillah min zalik….

……………………………………………….

Firman Allah Taala ( maksudnya ):

………………………………………………

” Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dikalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu “. ( Surah An-Nisa’ : 58 ).

………………………………………………….

Tertarik saya apabila membaca kisah khalifah Harun Al-Rasyid dalam kitab Sifat Al-Safwah karya ibn Al-Jauzi. Ketika Khalifah Harun Al-Rasyid menaiki bukit Sofa’, lalu berkata seorang ulama’ bernama ‘Abd Allah bin ‘Abd Al-Aziz Al-‘Umari kepadanya : ” lihat kearah ka’abah “, jawab Harun Al-Rasyid : ” Aku sedang lihat “, kata beliau lagi : ” berapa jumlah mereka?. “, jawab Harun Al-Rasyid : ” siapa yang mampu membilangnya “. Kata beliau pula : ” Berapa jumlah manusia seperti mereka ?. “, jawab Harun Al-Rasyid : ” hanya Allah yang mampu menghitungnya “, kata Al-‘Umari : ” ketahuilah engkau bahawa setiap mereka itu akan ditanya pada hari kiamat tentang diri mereka sahaja, hanya engkau akan ditanya tentang diri mereka semua, maka hati-hatilah engkau tentang nasib engkau nanti “.

…………………………………………………………….

Sabda Rasulullah s.a.w :

………………………………………………..

” Tiada seorang pemimpin pun yang mengendalikan urusan rakyatnya dari kaum muslimin kemudian dia mati dalam keadaan dia menipu mereka melainkan Allah haramkan baginya syurga “. ( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )

…………………………………………………………………….

Hal ini menunjukkan, betapa beratnya sesuatu jawatan itu apabila seseorang menerimanya dengan ia memandang sebagai amanah bukannya sebaga jawatan. Bagi sesiapa yang memandang itu sebagai jawatan, untuk menonjolkan dirinya mahupun memiliki sesuatu yang tidak dapat dimiliki oleh orang lain, makan jadilah jawatan itu sebagai satu yang dicari-cari dan dinanti-nanti sehingga pening jika dia tidak mendapatkan jawatan itu.

…………………………………………………..

Sabda Rasulullah s.a.w :

…………………………………………………..

” Tidak ada seorang pemimpin yang menguruskan urusan orang islam, lalu dia tidak bersungguh-sungguh ( menunaikan amanah ) dan tidak menasihati mereka, maka dia tidak akan masuk syurga bersama mereka “. ( Hadith riwayat Muslim )

…………………………………..

Justeru itu, sesungguhnya jawatan kepimpinan itu adalah satu amanah dan beban, akan terasa berat bebanan itu dan padanya penyesalan atas  sesiapa yang menikulnya, melainkan baginya keadilan, kesaksamaan dan ketaqwaan dalam menjalankan amanahnya apabila tibanya waktu perhitungan. Renunglah kata-kata khalifah Abu Bakr Al-Siddiq apabila dilantik sebagai khalifah : ” wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dikalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat.

Orang yang lemah dikalangan kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat di kalangan kamu, lemah disisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak ( menghalang apa yang bukan haknya ), insyallah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tiada kamu yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan Rasulnya. Jika aku derhakan Allah dan Rasulnya, maka tiada ketaatan untukku “. ( Al-Kamil fi Al-Tarikh, J1, m/s : 361 ).

………………………………………..

Wallahhu Ta’ala a’lam…

………………………………………

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah  (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

………………………………………….

minitramways.wordpress.com


Actions

Information

2 responses

15 02 2009
sesape jer

wah,mcm menarik je ‘menarik di dalam’ tuh…nk beli majalah ni !!!

20 02 2009
war-g-ya

salam ziarah tajuddin..teruskan perkongsian…good luck

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: