KoMeNtaR ” TiDaK SaLaH MeMiNta JaWaTaN “

15 02 2009

ghazza1

Assalamualaikum…

………………………………………..

Sedikit komentar berkenaan tajuk yang dibahaskan, bukanlah untuk menunjukkan saya ini seorang yang pandai mahupun sempurna, akan tetapi hanyalah ingin berkongsi maklumat berkenaan dengannya disisi pandangan ulama’ yang masyhur.

…………………………………..

Penulisan kali ini mungkin akan menyentuh secara langsung mahupun tidak langsung bagi sesiapa yang memperkatakan tentangnya dan memperbahaskan berkenaannya, akan tetapi bukanlah ia bertujuan untuk menjatuhkan maruah seseorang  malah  ia sekadar ingin berkongsi berkenaan apa yang akan diperbahaskan tentang  permasaalahannya. Dan saya sedia  menarik balik segala kesalahan di dalam penulisan ini jika terdapat padanya sesuatu yang bertentangan Al-Quran dan As-Sunnah.

……………………………………

Sesungguhnya jawatan itu adalah satu tanggungan yang perlu dipikul bagi yang mampu untuk memikulnya, dan janganlah kamu merasakan tanggungan itu ringan dan cenderung untuk kamu memintanya sedangkan kamu tidak mampu dan tidak layak untuk memikulnya.

……………………………….

Sabda Rasulullah s.a.w :

………………………………….

” Wahai Abu Zar r.a, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa yang aku suka untuk diri aku. Maka janganlah engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan janganlah engkau uruskan harta anak yatim ” . ( Hadith riwayat Muslim )

………………………………………..

Akan tetapi, apa yang diperkatakan disini, bukanlah semua yang meminta jawatan itu buruk di sisi islam, bahkan ia dibolehkan dengan sebab-sebab tertentu yang membolehkan ia dilakukan. Jika ianya disebabkan untuk memperbaiki sistem atau pengurusan sesuatu kaum ataupun ingin menghapuskan kezaliman dan penyelewengan pemerintah maka yang demikian itu dikira jihad.

………………………………………..

Firman Allah ta’ala ( maksudnya ) :

……………………………………..

” Yusuf berkata : jadilah aku mentadbir perbendaharaan hasil bumi ( mesir ), sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengatahui cara mentadbirkannya. Dan demikianlah caranya, kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir, dia bebas tinggal di bumi itu dimana sahaja yang disukai. Kami limpahkan rahmat kami kepada sesiapa sahaja yang kami kehendaki, dan kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan “. ( Surah Yusuf : 55-56 )

………………………………………….

Kata Al-Imam Al-Qurtubi : “ sesungguhnya Yusuf hanya meminta kuasa setelah dia mengatahui bahawa tiada sesiapa yang setanding dengannya, yang dapat melaksanakan keadilan, pembaikan dan menyampaikan hak-hak fakir miskin. Dia melihat yang demikian itu fardhu ain keatas dirinya, kerana tiada sesiapa lagi ( yang layak ) selainnya. Demikian juga hukumnya pada hari ini. Sekiranya seseorang itu tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan keadilan dalam kehakiman dan hisbah, sementara itu tiada seorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu dianggap fardhu ain keatasnya. Wajib dia mengendali dan meminta. dan hendaklah juga memberitahu sifat-sifat yang melayakkannya iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain “. ( Tafsir Al-Qurtubi, J 9, m/s : 21 )

………………………………………..

Syeikh islam Ibn Taimiyyah juga menyebut sesugguhnya meminta jawatan itu atas tujuan kemaslahatan agama bukanlah sesuatu yang dilarang oleh agama. ( Majmu’ Al-Fatawa, J 8, m/s : 68 )

………………………………………

Justeru itu, perlu ada pada seseorang itu satu sikap tanggungjawab ataupun amanah  pada dirinya dalam menilai kemampuan dan kekuatan yang ada padanya  untuk dipertonjolkan kepada masyarakat apabila diperlukan,  dalam menjadikan ia sebagai bukti atas kemampuan baginya untuk  memikul tanggungan yang bakal diambil apabila ia menjadi satu tanggungjawab yang diwajibkan keatasnya.

………………………………….

Walllahhu ta’ala a’lam…..

……………………………………

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah  (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

………………………………………

minitramways.wordpress.com



Actions

Information

2 responses

26 02 2009
Al-Fannani

Salam Alaikum… Mantap sudah sang minitram kita ini, teruskan menulis!

28 02 2009
meow

betul..TbarakAllah 3alaik..!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: