KeWajIBaN SolaT BeRjEmAAh BaGi WaNiTa Di MasJiD II

20 01 2009

ghazza1

…………………………….

Assalamualaikum wrbt….

………………….

Adakala hadith yang dikatakan mempunyai sedikit perselisihan hukum berkenaannya. Apabila  ia dibandingkan diantara kedua-dua lafaznya dan jika ia dilihat dengan sekilas pandang akan maksudnya, adakah ia benar-benar bertentangan diantara keduanya?…Hal ini merujuk kepada hadith sohih yang membicarakan berkenaan kelebihan solat berjemaah , dengan hadith yang menerangkan akan keafdhalan bagi wanita untuk solat dirumah berbanding berjemaah di masjid… Timbul perselisihan dikalangan para ulama’ dalam mengistinbatkan  hukum berkenaan hadith  tersebut…

………………………………..

Sabda Rasulullah s.a.w dari Ibni Umar r.a :

……………………..

” Solat berjemaah adalah lebih afdhal berbanding solat bersendirian, dangan 27 darjat “ Hadith riwayat Bukhari dan Muslim….

…………………….

Akan tetapi ; Apakah pengertian hadith tersebut bersifat umum bagi kaum lelaki mahupun kamu wanita ?… Dikalangan para ulama’ berselisihan pendapat  dalam membincangkan hukum berkenaan dengannya. Ada dikalangan mereka berpendapat, hadith tersebut hanya ditujukan bagi kaum lelaki yang solat berjemaah di masjid,  malah ada juga dikalangan para ulama’ yang mengatakan bahawa hadith tersebut adalah bagi mereka yang solat berjemaah tanpa berpihak kepada  kaum lelaki mahupun wanita…

………………………

Sabda rasulullah s.a.w :

…………………………..

” bahawasanya A’isyah pernah mengimami para wanita dalam solat fardhu, dan beliau berdiri diantara mereka ” Hadith riwayat Daraquthni ….

…………………………

” bahawasanya beliau ( Ummu Salamah ) mengimami para wanita, dan beliau berdiri ditengah ( saf ) ” . Hadith riwayat Al-Baihaqi …

……………………….

As-Syeikh Albani dalam mensyarahkan Hadith berkenaan A’isyah dan Ummu Salamah ( Allah redha keduanya ) yang mengimami para wanita didalam solat. Berkata As-Syeikh Albani ; ” Perbuatan ini amat baik untuk diamalkan, lebih- lebih lagi apabila ia dikaitkan dangan keumuman hadith Rasulullah bahawa ( Kelebihan atau ganjaran ) kaum wanita menyerupai kaum lelaki. Namun persamaan yang diperkatakan adalah berkenaan hal solat berjemaah bukannya didalam keutamaan atau kelebihan 27 darjat ataupun 25 darjat “.

………………………..

Para ulama’ secara mejoritinya bersependapat dalam mentafsirkan maksud hadith tersebut, dimana kelebihan 25 darjat mahupun 27 darjat adalah khusus bagi solat berjemaah di masjid… Hal ini juga turut dipersetujui oleh Al-Imam Ibn Hajar  dalam mensyarahkan hadith tersebut, kata Al-Imam Ibn Hajar Al-Asqolani ; ” malah yang paling jelas dalam memperkatakan berkenaan darjat yang disebutkan itu, ianya khusus bagi solat berjemaah di masjid “ ( Fathul Bari, J 2, m/a : 159 )…

Hal ini amat bertepatan dengan nas-nas Al-quran malah ianya disandarkan dengan hadith yang sohih yang memperkatakan tentang kelebihan bagi sesiapa yang berjalan untuk mendatangi dirinya ke masjid bagi menunaikan solat berjemaah…

……………………..

Sabda Rasulullah s.a.w dari Abi hurairah r.a :

………………….”

” Solat seorang lelaki secara berjemaah akan dilipat kaligandakan jika ia dibandingkan dangan solatnya ( seorang lelaki ) di rumah atau di pasar dengan 25 kaliganda. Dengan syarat ia berwudhu’ dangan sesempurna wudhu’, kemudian ia keluar ke masjid, dan tidaklah ia keluar melainkan untuk solat ( berjemaah ), tiadalah dikira akan setiap langkah itu, melainkan diangkat baginya darjat dan dihapuskan setiap kesalahannya ( mengikut setiap langkah ). Dan takkala ia bersolat, tidaklah baginya melainkan para malaikat berselawat keatasnya sehingga ia menyempurnakan solatnya dengan doa ; ” Ya Allah, kau berkatilah keatasnya, dan kau rahmatilah dia “. sehingga ia menyempurnakan solatnya dan sebagaimana ia menunggu solat”. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim…

……………………..

Dengan demikian, dikalangan para ulama’ dalam memperbahaskan berkenaan maksud hadith tersebut, tidaklah mereka memasukkan akan kelebihan solat berjemaah bagi wanita termasuk dalam kelebihan atau ganjaran 25 darjat mahupun 27 darjat. Akan tetapi, baginya kelebihan yang tersendiri baik ia bersolat berjemaah mahupun sebaliknya  di rumah jika  ia dibandingkan dengan solatnya di masjid ( bagi wanita )…

……………………

wallahhu Ta’la a’lam…

……………………..

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah  (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

…………………………………..

minitramways.wordpress.com

……………………….



Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: