KeWajIBaN SoLaT BeRjEmAAh BaGi WaNiTa Di MasJiD

19 01 2009

……………………..

boycott_logo3 boycott_logo4

…………………………

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد.

……………………..

sekilas pandangan para ulama’ berkenaan hukum solat berjemaah di masjid bagi wanita, adakah ia diwajibkan mahupun tidak?… adalah ia menjadi salah satu perkara yang  diperselisihi pendapat ( khilafiah ) diantara para ulama’ muktabar berkenaan hukum tentangnya…

firman Allah Ta’ala ( maksudnya ) ;

……………….

” Jika kamu berada dikalangan mereka ( sahabatmu ) lalu kamu ingin mendirikan solat bersama-sama mereka, justeru itu hendaklah mereka berdiri ( bersolat ) denganmu “ Surah An-Nisaa’ : 102…

……………

Berkata Dr. Muhammad Zuhaili : ” Sesungguhnya ayat diatas, adalah diantara dalil-dalil yang mensyariatkan kepada kita agar menunaikan solat Fardhu secara berjamaah biarpun dalam keadaaan ketakutan mahupun peperangan, dan apabila solat berjemaah didalam keadaan aman dan selamat itu lebih diutamakan “ ( kitab Al-Muktamad fil fiqh As-Syafie, bab solat berjemaah, J 1, m\s : 403)…

Dan ini adalah bertepatan dengan sunnah Rasulullah s.a.w. dimana sepanjang hidupnya, baginda menghadiri dan mengimami solat dimasa bermusafir, keadaan selamat, dalam peperangan, dirumah, dimasjid dan ia adalah antara perkara sunnah yang amat dituntut dalam islam keatas umatnya…

…………………

Sabda Rasulullah s.a.w ;

………………..

” Solat berjemaah adalah lebih afdhal dari solat bersendirian, dengan 27 darjat “ Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim…

……………………

Adapun apa yang kita bincangkan adalah berkenaan hukum wanita solat berjemaah di masjid, walaupun hukum tentangnya menjadi perkara khilafiah ( perselissihan ) dikalangan ulama’. Walau begitu, sesungguhnya jumhur ( mejoriti ) ulama’ berpendapat adalah harus bagi seseorang wanita untuk solat berjemaah dimasjid. Akan tetapi, adalah lebih afdhal bagi mereka  untuk bersolat dirumah… pendapat ini kebanyakan dipersetujui oleh ulama’  muktabar seperti Al-Imam As-Syafie, Al-Imam Al-Malik, Al-Imam Ibn Qayyim Al-Jauzi, ahli-ahli hadith, dan sebahagian besar ulama’ bermazhab Syafie…

Hal ini disandarkan dengan dalil-dalil yang sahih dari Al-Quran dan As-Sunnah yang berkaitan danganya…

………………

Sabda Rasulullah s.a.w dari ibnu Umar ;

……………….

” janganlah kamu menghalanag wanita untuk ke masjid, akan tetapi ( bersolat ) dirumah mereka adalah lebih baik baginya” Hadith riwayat Abu Daud…

………………..

Al-Imam Malik apabila ditanya berkenaan larangannya keatas wanita untuk keluar ke masjid, keluar  dihari raya mahupun bersolat istisqa’ ( mintak hujan turun ). Kata Al-Imam Malik : ” sesungguhnya untuk ( wanita ) keluar  ke masjid adalah tidak dilarang. Akan tetapi, kami tidah melihat ia menjadi satu kemulian bagi wanita apabila mereka keluar keseluruhannya pada hari raya dan pada solat istisqa’ “ ( Mudauwanah Al-kubra, bab solat berjemaah, J 1, m\s :173 )

……………………..

Mahupun ia diharuskan sebahagian besar Para ulama’, akan tetapi tidak dilupai akan larangan yang telah disepakati oleh ulama’ bagi wanita untuk mendatangi ke masjid berdasarkan Hadith sahih ;

………………………

” telah melarang Rasulullah s.a.w keatas wanita untuk keluar pergi ke masjid dengan memakai wangian, kerana ia menjadikan lelaki memandang kepadanya, dan berkehendak keatasnya, dan sesungguhnya bauwannya, perhiasannya, dan rupa parasnya menyebabkan ia ( wanita ) menjadi perhatian, maka hendaklah bagi wanita itu menjauhi dirinya dari perkara tersebut” Hadith riwayat Abu Daud…

……………….

Hal tersebut adalah menjadi satu halangan bagi kaum wanita untuk mendatangi dirinya ke masjid, disebabkan hadith diatas dengan jelas melarang akan perkara tersebut. walau bagaimanapun, bagi wanita yang bebas dari perbuatan tersebuat tetap dibenarkan… Akan tetapi, adakah hadith diatas bertentangan dangan hadith sahih yang berikutnya.

…………………….

Sabda Rasulullah s.a.w ;

………………

” solat dimasjidku ( masjid Al-Madinah Munauwarrah ) lebih utama seribu solat jika dibandingkan dengan solat di masjid yang lain “ Hadith riwayat Muslim…

……………………..

Berkata syeikh Al-Bani rahimahullah : ” hadith ini tidaklah menafikan bahawa solat mereka ( wanita ) di rumah adalah lebih utama bagi mereka, sebaigamana tidak dinafikan akan keutamaan solat sunat di rumah bagi lelaki dibandingkan jika ia dilakukan di masjid. Akan tetapi jika dia ( lelaki ), menunaikan solat fardhu salah satu diantara tiga masjid ( Masjid Al-Haram, Makkah, dan Masjid An-Nabawiyah Munawarah, Madinah, dan Masjid Al-Aqsa, Palestin ), maka mereka mendapat keutamannya dan kelebihannya jika dibandingkan dengan solat di masjid selainnya, demikian juga halnya bagi wanita “ ( Kitab Jilbab Al-Mar’ah Al-Muslimah, m\s : 156 )…

……………………………

Kata Al-Imam Asy-Syaukani rahimahullah : ” solat-solat mereka ( wanita ) di rumah adalah lebih utama bagi mereka dibandingkan solatnya di masjid. Jika mereka mengatahui yang demikian ( pastilah mereka tidak meminta untuk keluar ke masjid ). Akan tetapi kerana mereka tidak mengatahuinya, maka mereka ( wanita dizaman Rasulullah (sahabiyah ) ) meminta izin untuk keluar ke masjid dengan beranggapan bahawa pahalanya lebih banyak daripada solat di rumah “ ( Kitab Nailul Authar, J 3, m\s : 131 )

…………………….

Akan tetapi… Adakah solat dirumah bersendirian bagi wanita adalah lebih afdhal jika dibandingkan solat berjemaah di masjid … Jika ia benar, hal ini amat bertentangan dengan hadith sahih dimana Rasulullah s.a.w bersabda…

…………….

Sabda Rasulullah s.a.w ;

…………………..

” Solat berjemaah adalah lebih afdhal dari solat bersendirian, dengan 27 darjat “ Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim…

………………….

wallahu Ta’ala a’lam…

…………….

“Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah  (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

…………………………….

minitramways.wordpress.com

…………………………………

p\s : Jawapan seterusnya akan disambung pada post akan datang…


Actions

Information

One response

19 01 2009
fateyn K

menanti-nanti post seterusnya.
wa intizhaar huwa ta3zeeb=)

saya harap pada post akan dtg dikupaskan sekali tentang menjadikan masjid sebagai satu motivasi utk semua org mengislah diri dgn solat pada awal waktu..untuk bersama imam.Kerana psikologinya, solat di rumah itu kan boleh ditangguh2kan, kerana masanya tidak terhad, maksudnya bisa berlengah2.. kerana objektifnya solat itu sendiri, menjadikan seseorang berdisiplin dalam waktunya.kerjanya, solatnya, tidurnya dsb.
Harap kupasan dr yg arif.

boleh dijadikan rujukan mungkin:
http://www.zaharuddin.net/content/view/190/90/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: