KeWaJiPan DeMonStRasi

14 01 2009

stopisraelicrimesingaza1 stopisraelicrimesingaza2

.

Assalamalaikum…

.

Adalah wajib bagi  setiap umat islam untuk mezahirkan bantahan terhadap kekejaman Israel, ia bertujuan untuk  menunjukkan satu kebencian dan tentangan kepada mereka dengan apa yang telah mereka lakukan keatas umat islam palestin… saya menekankan disini agar anda melakukan apa cara yang tidak bercanggah dengan syariat islam bagi menunjukkan  bantahan terhadap penyembelihan umat islam dibumi palestin yang dilakukan oleh pengganas Israel, yang mana masuk hari ini, adalah hari ke-18 mereka dianiayai dibumi mereka sendiri…

………………

Disini saya ingin menekankan dan menyeru kepada anda, adalah satu cara bagi kita untuk menunjukkan kebencian terhadap kekejaman tersebut, dengan  kita keluar  menyertai demonstrasi aman yang diadakan dijalanan mahupun dimana sahaja bagi menunjukkan keperhatinan dan pendirian kita terhadap umat islam lain adalah tidak berpihak…

………………

firman Allah Ta’ala :

………………

“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya zalim, dan jadikanlah bagi kami daripada pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh). Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan taghut (pelampau). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah”. (Surah al-Nisa, ayat 75-76).

……………..

kata Al-Imam Al-Jasas ( Wafat 370H ):

…………….

Adalah sesuatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi iktikad seluruh kaum muslimin; apabila penduduk sesuatu negeri (kaum muslimin) dalam ketakutan dari serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkan ditumpahkan darah kaum muslimin” (Abu Bakr al-Jasas, Ahkam al-Quran, 4/312, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-`Arabi).

………………..

palestin

…………

sabda Rasulullah s.a.w :

” barang siapa membunuh( berjuang ), untuk menjadikan kalimah Allah Ta’ala adalah yang tertinggi, sesungguhnya ia dijalan Allah ( syahid )”  Hadith Riwayat Al-Imam Bukhari.

……..

Sesungguhnya,  umat islam perlu memelihara hak, maruah, dan kemuliaan sesama islam dari dicerobohi atau diperlekehkan secara peribadi mahupun secara umum oleh pihak yang tidak bertanggungjawab , kerana itu adalah satu amanah yang dipertanggungjawabkan bagi setiap muslim, bahkan  hal ini akan dipersoalkan dihadapan Allah Ta’ala diakhirat kelak.

…….

Sabda Rasulullah s.a.w :

………..

” Orang mukmin sesama mukmin, seperti satu binaan yang mengukuhkan diantara satu sama lain ” Hadith Riwayat Al-Imam Bukhari dan Al-Imam Muslim.

…………….

Justeru itu, adalah satu kewajipan bagi seluruh umat islam, untuk  mengambil berat dan sikap bertanggungjawab atas isu yang berlaku di bumi Palestin tidak dikira pangkat atau darjat yang penting adalah satu persepakatan dan pendapat dalam menentang kekejaman rejim zionis terhadap umat islam pPalestin… renunglah firman Allah ta’ala :

………..

” dan perangilah ( berjihad keatas ) kaum musyrikin keseluruhanya, sepertimana mereka memerangi kamu keseluruhannya, dan ketahuilah sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang bertaqwa ” Surah At-Taubah : 36.

wallahu a’lam….

……………….

minitramways.wordpress.com

……………..


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: