Jom

3 12 2009

Assalamualaikum,

Untuk pengatahuan anda, sesungguhnya blog ini telah berpindah ke blog baru di http://www.minitramways.blogspot.com . Harap maklum.

Wallahhu Ta’la A’lam…

………………………………………

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

………………………………………

minitramways.blogsopt.com

Mohammedia, Morocco.

03 December 2009 ( 03.50 PM )





Dr. Asri Zainal Abidin : Adat berjuang

21 11 2009

…………………….

Assalamualaikum,

……………………………..

Cabaran dan dugaan dalam kehidupan seseorang itu adalah lumrah yang sudah lali bagi kebanyakan manusia, apatah lagi apabila cabaran yang datang itu berkaitan dengan dakwahnya dalam memperjuangkan kebenaran. kekecaman mahupun dimusuhi dirinya oleh orang-orang yang mempunyia kepentingan adalah sasuatu perkara seakan menjadi tradisi pabila kebenaran yang diperjuangkan itu akan meragut kepentingan seseorang yang lain.

Firman Allah Ta’ala :

” Sesungguhnya kami mengatahui bahawa apa yang mereka katakan tu menyebabkan engkau ( wahai Muhammad ) berdukacita;  ( Maka janganlah engkau berdukacita ) kerana meraka bukanlah mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah. Dan demi sesungguhnya, rasul-rasul sebelum kamu juga pernah didustakan, maka mereka sabar diatas perbuatan orang-orang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah kalimah-kalimah Allah ( janji-janjinya ); dan Demi sesungguhnya, telah datang kepada kamu sebahagian khabar berita rasul-rasul itu. Dan jika perbuatan berpaling mereka ( keingkaran mereka ) itu terasa amat berat kepada kamu; maka sekiranya engkau sanggup mencari satu lubang di bumi ( untuk menembusi dibawahnya ) atau satu tangga untuk naik ke langit, supaya kau dapat bawakan mukjizat kepada mereka ( cubalah lakukan jika engkau sanggup ). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah dia menghimpunkan mereka atas hidayah petunjuk. ( tetapi Allah tidak menghendakinya ), oleh itu jangan engkau menjadi dari orang-orang yang jahil “. ( Surah Al-An’am : 33 -35 ).

Ayat tersebut menunjukkan betapa senonimnya dakwa dan padanya terdapat penentangan akan dakwahnya. Hal ini bukanlah pertama kali berlaku kapada para pendakwah, bahkan semenjak zaman rasul-rasul dan para anbia’ lagi ianya sudah menjadi asam garam yang perlu ditempuhi dalam menyampaikan kebenaran. Dikecam, dicaci, difitnah, dan didustakan adalah diantara pengorbanan yang bukanlah ia dapat dibayar dengan wang ringgit mahupun dinar emas untuk mengharunginya, akantetapi padanya memerlukan kesabaran yang tinggi dan jiwa yang amat jitu bagi menempuhi pelbagai perkara yang mendatang; maruah dicemari, keluarga disakiti, keimanan diuji, kesabaran diperkosai, fitnah menjadi pakaian diri, pipinya luluh menahan malu pada diri, semuanya hanya untuk perjuangan yang hakiki bukanya dapat dibayar dengan dirham maghribi mahupun dinar emas negara penjaga dua tempat suci, akan tetapi mereka tetap dengan dakwahnya untuk memperjuangkan kitab yang suci, aaitu Al-Quran dan As-Sunnah biarpun bayarannya sangat tinggi.

…………………………………

……………………………………

Bukanlah perkara baru apabila  ” isu penangkapan Dr Asri ” dan ” isu fitnah keatas Dr Asri ” diperkatakan sekarang. Telah ditempuhi ulama-ulama sebelumnya lagi dalam memperjuangkan dakwah meraka sepertimana telah difitnah Imam Ahli Sunnah yang agung iaitu Al-Imam Al-Bukhari ( 194-256 H ) dituduh menganuti fahaman Muktazilah dan sesat, bahkan beliau dikafirkan. Sehinggakan beliau terpaksa meninggalkan negerinya iaitu Naisabur.

Tuduhan yang mengatakan Al-Imam Al-Bukhari beri’tiqad dimana Al-Quran itu makhluk bukanlah hanya mempengaruhi golongan awam, bahkan lebih menyedihkan para ilmuan dan pakar-pakar hadith dizamannya juga turut terpengaruh akan fitnah tersebut termasuklah Abu Zur’ah dan Abu Hatim. Bahkan lebih menghayatkan hati apabila yang melakukan fitnah itu bukannya dari golongan biasa, akan tetapi ianya datang dari seorang ulama’ besar bahkan beliau adalah guru Al-Imam Al-Bukhari sendiri iaitu Muhammad bin Yahya Al-Zuhli.

Dalam memperjuankan dakwah bagi menegakkan kebenaran bukanlah perkara yang mudah, bukan ia hanya ditegakkan dengan perkataan semata-mata, bukan juga hanya denga perbuatakn semata, akan tatapi keperluan kepada dua perkara tersebut adalah amat penting mahal ia juga perlu bertunjangkan dengan ilmu yang tinggi agar setiap yang diperjuangkan itu, mempunyai bukti yang jelas dan bukannya omong-omong kosong.

Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadithnya yang sohih dari Mua’wiyah R.a :

” Barang siapa Allah kehendaki dengannya kebakaikan ( pada dirinya ), difaqihkan dalam agama ” ( Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim ).

Juga hadith yang diriwayatkan oleh Abi Sa’id Al-khudri :

” Tidak mengcukupi sesorang mukmin itu dari kebaikan sehingga menjadikan pengakhirannya ( adalah balasan ) syurga “ ( Hadith riwayat At-Tirmizi : Hadith hassan ).

Para Imam yang agung telahpun melalui perkara tersebut, kebanyakkannya dibuang pada hayat mereka, akantetapi selepas kewafatan, nama-nama mereka ditulis dengan tinta-tinta emas malah dinukilkan dalam sejarah islam, dikitiraf sebagai Imam-Imam besar dan dipanggil dengan penggilan As-Syeikh, Al-Imam, Al-Faqih dan sebagainya. Hal ini disebabkan, bukanlah pangkat ataupun nama yang dikejar untuk manjadi habuan, akan tetapi atas dasar tanggungjawab menyampaikan kebenaran dakwah itulah menjadikan mereka sanggup untuk bermatian dalam perjuangan.

Firman Allah Ta’ala ( Maksudnya ):

” Sesungguhnya Allah Ta’ala telah membeli daripada orang-orang beriman jiwa mereka dan harta bende mereka dengan ( balasan ) bahawa mereka akan beroleh syurga, ( disebabkan ) mereka berjuang dijalan Allah maka ( diantara ) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. ( balasan syurga yang demikian adalah ) sebagai janji yang benar telah ditetapkan oleh Allah dalam taurat, dan injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang telah kamu jualkan jual-belinya itu, dan ( ketahuilah bahawa ) jual beli yang ( seperti itu ) adalah kemenangan yang besar “ ( Surah Al-Taubah : 111 ).

Wallahhu Ta’ala A’lam…

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah  (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

minitramways.wordpress.com

Mohammedia, Morocco.

20 NOVEMBER 2009 ( 13.58 p.m )





As-Syeikh Dr. Farid Al-Ansari rahimahullah dalam kenangan

7 11 2009

2307917-3-free-palestine

farid1

dr farid al ansari

Wallahhu Ta’ala A’lam…

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah  (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

…………………

minitramways.wordpress.com

Mohammedia, Morocco.

07 NOVEMBER 2009 ( 01.41 a.m )





Biar aku disini menanggung rindu hingga waktu berhenti

7 10 2009

 

2307917-3-free-palestine………………………

Perasaanku mula luluh pabila baris-baris terakhir dari novel yang ku pegang itu dibaca dan dilayani dengan penuh perasaanku. Ketika itu, keadaanku tidak menentu dan dibelenggu rasa bersalah disebabkan guruku sedang mengajar dihadapanku. Akan tetapi rasa bersalah itu di bidas atas sebab apa yang diajarnya hanyalah ulangan pembelajar pada slot pertama tadi.

Dalam keadaan sedikit menyorok, aku menghabiskan bacaanku biarpun diwaktu berkenaan aku tidak dapat menahan akan kegelisahanku disebabkan guruku hanya selang 2 meja dihadapanku. Biarpun apa yang terjadi aku bertekad di hati untuk tetap akan menghabiskan bacaanku itu sebelum kami beralih ke pembelajaran yang lain. 

3272466300_4169d53204

Pengakhiran cerita yang agak menarik diketengahkan oleh penulis novel tersebut, dan aku juga termasuk diantara orang-orang yang mula menaruh harapan yang mendalam untuk mendapatkan sebuah ” kebahagian ” yang mengagumkan sepertimana setiap pembacanya jika dilihat pada permulaan novel dibahagian komentar pembaca. Aku berkata di hatiku ini, ” Adakah Di alam yang nyata ini benar-benar wujud manusia seperti ‘ dia ‘ ?… jika ‘ dia ‘ benar-benar wujud maka siapakah manusia yang amat beruntung dapat memiliki dan menawan hatinya “.

ku jatuh dari angan-anganku pabila mendengar bunyi papan hijau ditumbuk dan menjadikan aku kembali mengambil perhatian pada pelajaranku. Guruku itu selalu melakukan perkara tersebut untuk memberikannya semangat pabila mengajar dalam kuliah, itu yang dapat ku rasakan.

Tepat 6.30 p.m kuliahku berakhir, dan akan disambung pada mingu yang akan datang. Keadaan diluar telahpun gelap, aku berjalan terus menuju ke rumah dengan sedikit pantas untuk mengejar waktu maghrib agarku tidak terlalu lewat untuk mengerjakannya. Teringat kan aku berkenaan sabda Rasulullah s.a.w berkenaan solat perlulah pada waktunya.

Sabda Rasulullah s.a.w :

” Aku telah bertanya Nabi s.a.w : Amalan manakah yang dicintai Allah? Baginda menjawab : solat pada waktunya, Aku bertanya baginda lagi, kemudian apa? baginda menjawab : kemudian berbakti kepada kedua ibu bapa, Aku bertanya lagi, kemudian apa?, baginda menjawab : berjihad dijalan Allah “. ( Hadith riwayat Al-Imam Bukhari )

Dan ianya juga disokong dengan hadith sohih yang membicarakan berkenaan perkara yang sama. Iaitu sabda Rasulullah s.a.w :

Dari Anas r.a : ” Aku bertanya Rasulullah s.a.w, Apakah amalan yan lebih disukai Allah?, sabda baginda : solat pada waktunya “. ( Hadith riwayat Al-Imam Bukhari dan Muslim ).

Mengingatkan akan hadith tersebut membuatkan diriku makin pantas membuka langkah. Tiba di rumah aku meletakkan beg sandangku di atas mejaku lalu melangkahkan kaki ke dalam tandas. Selasai solat, aku terus ke laptopku mencari sesuatu yang dapat aku kerjakan agar dapat memenuhi malam sehingga penghabisan waktunya. Pertengahan malam yang agak sunyi, hatiku tiba-tiba tersentak memikirkan akan arah tuju hidupku dimasa akan datang. Adakah aku sudah bersedia untuk mencari ” kebahagian ” ataupun aku perlu meneruskan pembelajaranku sehingga ke peringkat M.A. Aku teringat akan janji ku kepada ibuku, biarpun ianya hanya dianggap gurauan buat diriku dan ibuku, tetapi pada hakikatnya ia sebenarnya adalah target dalam hidupku,  ‘ Iaitu berkahwin selepas memperolehi M.A “.

 

love-you

 

” Aku tidak lagi mampu untuk menanggung setubuh wanita yang akan dipertanggungjawabkan keatas diriku untuk memenuhi keperluan hidup bersamanya, disebabkan hidupku masih dibelenggu dengan kesamaran ” . Jawabku bersendirian. Ini kerana agamaku amat mengambil berat tentang prihal wanita agar kaum hawa itu dijaga dengan sempurna atas dasar amanah dan keadilan. Terdengar keindahan dan kelunakan bacaan Al-Quran datang dari laptopku yangmana ayat yang dibacanya kebetulan menceritakan berkenaan prihal berbuat baik kepada wanita .

Firman Allah TAala :

” Dan gaulilah mereka dengan cara yang baik, dan jika kamu tidak menyukai mereka ( maka bersabarlah ), boleh jadi kamu hanya tidak menyukai sesuatu ( darinya ), padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak kepdanya ( Surah An-Nisa’ : 19 ).

Keindahan ayat tersebut membuatkan aku tunduk kepada maha pencipta dan kepada perintahnya terhadap sekian manusia. Ia benar-benar menjadikan diriku begitu menghargai kaum hawa di dalam hidupku. Disampaing ia mengingatkan aku akan hafalanku tentang hadith yang berbicara berkenaan perkara yang sama. Aku cuba untuk mengungkapkan kembali nas hadith tersebut, akhirnya ternyata hafalanku berkenaan hadith tersebut tidak lumpuh.

Sabda Rasulullah s.a.w :

” Berpesanlah kalian agar berbuat baik kepada kaum wanita, kerana wanita itu dicipta dari tulang rusuk, dan bahagian yang paling bengkok itu adalah pada bahagian paling atas. Jika engkau berusaha untuk meluruskannya, nescaya kamu akan mematahkannya, dan jika kamu membiarkan ia, maka ia kan terus bengkok. Maka berpesanlah agar kamu berbuat baik kepada kaum wanita ” ( Hadith Riwayat Al-Imam Bukhari dan Muslim ).

Dan sabdanya lagi :

” Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah oranag yang paling baik dikalangan kamu terhadap keluargaku “. ( Hadith riwayat Al-Imam Tirmidzi , disahihkan oleh Al-Bani dalam Sahih Al-jami’ )

Air mataku mula mengalir keluar pabila membayangkan akan bahagiannya kehidupan keluarga Rasulullah s.a.w. ” Adakah aku dapat mengecapi kebahagian yang sama seperti itu ? “. aku bertanya diriku tanpa sebarang  jawapan.

Wallahhu Ta’ala A’lam…

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah  (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

…………………

minitramways.wordpress.com

Mohammedia, Morocco.

06 OCTOBER 2009 ( 11.38 p.m )

p/s : kisah tersebut tidak kene-mengena dengan sesiapa sahaja termasuk diriku.





Setulus Cinta

22 08 2009

1231254830

Assalamualaikum…

” Setulus cinta, hatinya sejernih air, namun cintanya tetap dinodai “

tidak pernah menyangka,

kasihnya yang jujur dan luhur,

akan diperdaya pada satu ketika.

dia sendiri tidak pernah terlintas,

suaminya yang dikasihi akan mati dengan ciptaan sendiri.

Si Isteri, hatinya terlalu jujur.

tidak pernah prasangka,

tidak pernah rasa curiga.

dia tahu Si suami yang dikasihi sudah pergi,

ke pangkuan illahi.

Dia menerima dengan hati terbuka,

walaupun derita dan merana membengkam di dalam dada.

Namun kebenaran terselah,

hati wanitanya yang cekal dan pasrah kini tergugah.

Dia sudah hilang arah,

sudah hilang segala rasa tabah.

Dan dalam saat begini,

seorang lelaki menghulurkan tangan…

memberi seribu senyuman…

pastinya Setulus Cinta bukan sahaja wujud di alam maya.

 

oleh :

NORHAYATI BERAHIM

……………………….

Allah berfirman :

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap hak-hak perempuan yang yatim ( pabila kamu mengahwininya ), maka kahwinilah wanita-wanita ( lain ) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil. Maka ( kahwinilah ) cukuplah sekadar seorang sahaja, atau hamba-hamba yang kamu miliki, yang demikian itu adalah lebih dekat kepada perkara-perkara yang tidak zalim “. ( Surah An-Nisa’ : 4 )

Al-Hafiz Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat tersebut berkata : ” Maka bagi suami jugak adalah perlu keatasnya untuk bercakap baik terhadap isterinya dan memperbaiki tingkahlakunya dan penampilan dirinya mengikut kadar yang ia mampu, ianya sepertima engkau ( suami ) sukakan akan isterinya melakuka perkara tersebut “. Sepertimana firman Allah :

Dan keatas para wanita itu ( bagi meraka ) mempunyai hak-hak seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang ma’ruf  ” ( Surah Al-BAqarah : 228 ).

Sabda Rasulullah didalam hadithnya berkenaan berpesanlah agar berbuat baik keatas kaum wanita :

Berpesan ( sesama kamu kaum muslim ) agar berbuat baiklah terhadap kaum wanita, sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk, dan bahagian yang paling bengkok itu adalah bahagian paliang atas. Bila kamu memaksa untuk meluruskannya, maka kamu akan mematahkannya ( melanggar fitrah ), dan jika kamu membiarkan ia, maka ia akan terus membengkok, Maka berpesanlah kamu agar berbuat baik terhadap kaum wanita ” ( Hadith riwayat Al-Imam Bukhari dan muslim ).

Firman Allah Taala’ :

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka ( lelaki ) atas sebahagian yang lain ( wanita ), dan kerana mereka ( lelaki ) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu maka wanita yang baik, ialah yang taat kepada Allah malah memelihara diri ketika ketiadaan suami, oleh kerana Allah telah memelihara mereka. Wanita-wanita yang kamu khuatiri nusyuznya. Maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar ” ( Surah An-Nisa’ : 34 ).

Wallahhu Ta’ala A’lam…

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah  (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

…………………

minitramways.wordpress.com

Mohammedia, Morocco.

21 OGOS 2009 ( 02.36 AM )





PeRGoLaKaN AtaS SanGKaaN

23 06 2009

palestine_heading

Assalamualaikum…

………….

” Setiap permulaan itu pasti penghujungnya pengakhiran ” itulah ungkapan yang saya rasa sesuai untuk disimpulkan bagi isu kerajaan perpaduan yang diperkenalkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku presiden PAS dan dimana ia mendapat sokongan kuat dari timbalannya iaitu Nasharuddin Mat Isa. Walaupun banyak tomahan dan halangan yang terpaksa mereka tempuhi baik dari pihak kawan mahupun lawan, itu saya kira satu perjuangan yang perlu dipuji malah ia dapat diselesaikan dengan bijak biarpun sesetengah tomahan dari pihak yang tidak disangka-sangka sangat perit untuk ditelan.

……..

Wallahhu Ta’ala A’lam akan tujuan sebenar cetusan penubuhan kerajaan peraduan ataupun sejauh mana keikhlasan dalam membicarakan berkenaan hal tersebut diantara kedua-dua pihak. Ini kerana keikhlasan itu bukan senang untuk dinilai biarpun ia adalah dari seorang ulama’. Walaubagaimanapun, apa yang dapat saya katakan disini secara peribadi saya memuji akan tindakan yang dilakukan oleh kedua-dua pihak yang berhasrat untuk membaiki keadaan umat islam di Malaysia dari segi politiknya dan kestabilan ekonimi demi menjamin masa depan umat islam itu sendiri. Tapi malangnya, dengan pelbagai andaian buruk dan sangkaan jahat sesetengah pihak yang cuba untuk memertahankan dari ianya terjadi amatlah dikesali, hal ini semua berlaku atas andaian semata-mata ataupun sekadar ramalan atas angin yang dilakukan sesetengah pihak bertujuan ingin mempertahan sesuatu yang saya rasa iainya atas kepentingan tertentu.

……….

Colored-XP-Gloss_White_1600x1200

…….

Bagi saya, pada pandangan saya berkenaan perpaduan rakyat di Malayisa perlulah diambil berat dan setiap pihak perlulah berganding bahu untuk mencapai persepakatan dengan menggadaikan segala kepentingan yang ada demi memikirkan akan hala tuju rakyat amnya dan umat islam khasnya. Sekarang, apa yang kita lihat berkenaan keamanan, kesejahteraan, hubungan persaudaraan mahupun kawan terjejas dengan teruk disebabkan masaalah politik yang dipertahankan. Sehinggakan ada sesetengah pihak yang melampau dalam membuat keputusan mahupun dalam memberi pendangan berkenaan perkara tersebut yang saya kira ia tidak lah seteruk seperti apa yang digambarkannya.

……………….

Kita berharap agar perpaduan rakyat tidak kira agama, bangsa, warna kulit, puak, parti dan lain-lain dapat duduk semeja membincangkan beberapa perkara berkenaan kepentingan mahupun kebaikan yang perlu dijaga agar dapat direalisasikan dimasa akan datang. Walauapapun, saya seorang yang beragama islam ingin melihat kita sesama saudara islam perlulah lebih dahulu melakukan persepakatan diantara kita sama sepertima sesetengah pihak yang boleh bersepakat bersama biarpun yang disepakati itu bukanlah dengan saudara seislam. Bukan lah sentimen keagamaan yang ingin diutarakan akan tetapi memikirkan masa depan agama yang mana saya kira ianya melibatkan hal-hal agama islam yang mungkin satu hari nanti menjadi mangsa atas kekalutan politik yang berlaku. Saya kira kita tidak pernah lagi mendengar dimana penganut agama lain berebut tempat ibadat biarpun kebanyakkan dikalangan mereka berbeza pahaman politik akan tetapi malangnya kita ada mendengar dikalangan umat islam sendiri perkara itu terjadi.

………………..

pakistannp2

…………………..

Firman Allah Ta’ala :-

Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat “ (Surah al-Hujurat: ayat 9-10).

………………

Wallahhu Ta’ala A’lam…

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah  (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

..

minitramways.wordpress.com

Mohammedia, Morocco.

23 JUN 2009 ( 01.50 A.M )





Pengempen hantu ?…

3 05 2009

 

ghazza1

Assalamualaikum…

Apabila tibanya hari pencalonan mahupun pilihanraya dimana-mana nagara pun,  yang selalu menjadi isu mahupun yang menimbulkan sedikit kekecohan di dalam masyarakat adalah berkenaan ‘ pengundi hantu’ . Akan tetapi, sedikit kelainan yang direkodkan telah berlaku disini, dimana pada minggu pencalonan bagi pemilihan tampuk kepimpinan ahli majlis tertinggi PMMM, yang menyebabkan kekecohan berlaku bukanlah kerana  ‘ pengundi hantu ‘ tetapi ‘ pengempen hantu ‘

2267095736_1a6d59781b1

Satu perkara yang pelik kerana ianya tidak pernah berlaku dimana-mana negara islam kecuali Morocco ( fakta sejarah ), tetapi agak mencuit hati malah ia memeriahkan lagi keadaan dengan kehadiran dan sokongan kuat pelbagai jenis hantu yang turut turun padang bersama-sama kami dalam mengempen pada hari penamaan calon. Hal ini telah mencuri perhatian sebahagia anggota semasa berkempen untuk mengatahui siapakah ‘ pengempen hantu ‘ tersebut. Perkara ini berlarutan sehinggalah pada hari terakhir penamaan calon.  Malah pada masa yang sama, pelbagai tafisran yang dikeluarkan oleh ” bomoh-bomoh profesional ‘ dalam bidang penilikkan bagi mengecam siapakah sebenarnya pengempen hantu tersebut. Tetapi malangnya sehingga kini masih tiada jawapan akan  mesteri ‘ ‘pengempen hantu ‘ tersebut.

,

Walau bagaimanapun, kemeriah tetap dirasakan biarpun ‘ pengempen hantu ‘ itu masih menjadi misteri dikalangan kami dan  ia masih lagi berkeliaran kesana kemari. Apa yang penting disini, bukanlah siapa ‘ pengempen hantu ‘ tersebut, tetapi yang penting adalah sesiapa pun yang akan memegang tampuk pimpinan akan datang perlulah melakukan sesuatu yang dapat meyakinkan rakyat bahawa anda adalah yang terbaik dikalang mereka semua. 

pengundi-hantu

Buat sesuatu perubahan baru untuk persatuan, kerana ini adalah satu harapan yang biasa diharapkan apabila tampuk pemerintahan ditukar baru. Malah Perubahan yang dilakukan mestilah menguntungkan umat islam bukan merugikan umat islam. Bukannya sikap pemimpin itu mencari sesuatu kerja yang belum dilakukan oleh kepimpinan lama akan tetapi pada masa yang sama tidak memberi faedah kepada semua.

.

Saya mengharapkan akan kepimpinan yang bakal menerajui tampuk pemerintahan ini supaya lebih bersedia dalam menjalankan tugas yang bakal dipikul dan atas amanah yang telah kami berikan kepada anda. walauapapun terjadi, Kami tetap memandang anda dari hadapan !!! …

.

Wallahhu Ta’ala A’lam…

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah  (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

..

minitramways.wordpress.com

Mohammedia, Morocco.

03 Mei 2009 ( 6.35 PM )

p/s : Bagi golongan hantu diharapkan agar tidak tertekan apabila membaca tulisan ini… : ” jangankan biarkan hidup PMMM diselubungi dengan ” pengempen hantu ” … huhuhu